Wednesday, August 22, 2012

Jenis-jenis baju etnik di Singapura

Baju ini bernama baju kurung cekak musang. Ialah pakaian tradisional untuk budaya orang Melayu. Baju ini dikenali juga sebagai baju Melayu. Terdapat dua jenis baju kurung iaitu baju kurung teluk belanga dan baju kurung cekak musang. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tua dan muda, terutama untuk menghadiri majlis atau upacara rasmi.


Baju ini bernama Cheongsam. Baju ini dipakai oleh orang bangsa Cina untuk wanita yang berpeluk badan semasa mereka menyambut Tahun Baru Cina.

Baju ini bernama Sari. Baju ini dipakai oleh bangsa india semasa perayaan Deepavali. Baju ini sesuai untuk kaum perempuan sahaja.

Thursday, August 2, 2012

E-mel Rasmi Jenis Undangan

Daripada : farhana@budaya.com.sg
Kepada : adlin@oceanview.edu.sg
Subjek : Penceramah Undangan Minggu Permainan tradisional

Adlin,

Saya sudah menerima e-mel anda pada dua hari yang lalu. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas undangan kamu sempena Minggu Permainan Tradisional di Sekolah Menegah Ocean View. Dengan berbesar hati, saya menerima undangan anda. Berikut adalah perincian ceramah saya.

Pertama, ceramah saya akan berlangsung selama satu jam. Dalam satu jam, saya akan berkongsi pengalaman saya tentang beberapa permainan Tradisional Melayu seperti batu seremban, congkak dan lain-lain lagi. Saya akan bercerita tentang asal usulnya dan juga cara permainannya.

Selanjutnya, saya akan mengadakan sesi demonstrasi selepas saya selesai menceritakan pengalaman saya bermain per mainan Tradisional Melayu. Saya akan membuat demonstrasi tentang cara bermain permainan itu. saya juga akan memberi murid-murid peluang untuk mencuba memainkan permainan itu.

Terakhir sekali, saya memerlukan peralatan seperti komputer riba mikrofon dan set bahan permainan seperti batu seremban, conkak dan capteh.

Saya berharap melalui ceramah saya ini, ia akan menggalakkan para pelajar untuk terus melestarikan permainan Tradisional Melayu. Muga-muga ilmuyang ingain saya kongsi akan mendastangkan manfaat. Sehingga kita bertemu nanti.

Terima kasih
Yang benar,
Puan Farhana